Ni surat rasmi, sila serius tatkala anda membacanya. Kerana tujuan surat ini memang serius..
Ahli Politik, Negara Malaysia
22 Syaaban 1430
Kipas Lipas http://kvltvsmvlus.blogspot.com
PER: Penjualan Undi
Saya seperti yang bernama di atas dan perkara di atas adalah dirujuk.
Saya ingin menjual undi saya kepada pihak tuan tanpa mengira sama ada tuan dari parti Replika Melambai Tangan Sambil Tersenyum atau dari parti Replika Melambai Tangan Berwajah Muram.
Saya tidak meletakkan sebarang harga dalam nilaian materialistik ke atas undi saya ini.
Syarat undi saya adalah mudah, jika parti tuan berjaya mengambil tindakan yang drastik dalam membendung penularan selsema babi, dan menyebabkan rakyat seluruhnya berasa lebih tenang. Saya dengan rela hati akan memberi undi saya pada pilihanraya umum akan datang, atau pilihanraya kecil dikawasan saya (jika wakil sekarang mati akibat H1N1).
Saya akan memberi undi saya tanpa segan silu dan tanpa mempedulikan walaupun ketua parti tuan tuan adalah seorang pelawak, peliwat, pemuzik, pengebom orang, penoreh getah mahupun seorang tua pencacai pengangkat najis.
Walau bagaimanapun, perlu dinyatakan disini jika tiada sebarang tindakan yang munasabah mahupun munasarawak dari pihak tuan tuan setelah 70 orang rakyat Malaysia meninggal dunia yang fana ini. Saya tidak akan mengundi untuk tuan tuan lagi dan saya akan memburuk burukkan tuan tuan lebih buruk dari musuh parti lawan tuan tuan (berapa banyak tuan daaa)
Di harap tawaran saya ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak tuan. Dan janganlah harapnya sehingga rakyat Malaysia marah sehingga mendoakan tuan tuan semua terkena penyakit babi ini.
Untuk makluman saya adalah rakyat Malaysia sejati yang kini tinggal di negeri yang dikuasai oleh parti yang bukan dari kerajaan pusat. Jangan bagi alasan kami tak punya kuasa ke apa ke.. gua lempang kang.
Pergh.. berabuk gila laman sesawang ni.. mana la pegi bebudak ni semua.. selsema babi ke apa.. babi betul....
Takpe.. walau apa pun terjadi gua akan teruskan perjuangan ini..sehingga ketitisan terakhir...
Entry kali ni berbaur politik sikit... Lu orang tak suka? lu orang punya pasal.. gua peduli apa..
Apa persamaan makhluk2 kat bawah ni ?
Tak dapat nak jawab? Tu la suruh skolah malas.. isap rokok dalam tandas.. Jawapan dia kedua dua makhluk ni membawa harapan palsu untuk kesinambungan kuasa politik diorang (hanya prolific dan profound writer macam gua yang boleh tulis ayah sastera macam ni).. dan yang asyik kene tipu lu orang la... takkan gua pulak...
tapi lu orang jangan risau.. makhluk2 kat bawah ni tak membawa harapan palsu... gua anytime boleh join diorang punya event.. takat Cronos Venom tu anytime je vocalist dia boleh tapau.. ni baru betul 1 Malaysia..
apsal.. korang terkejut? tak boleh nak baca entry kali ni? pasal dulu korang baca lafaz takliq ikut rumi? gua baca ikut jawi pasal tok kadi paksa.. hasilnya gua tulis jawi ari ni...
gua sebenarnya takde idea nak menulis... ye la.. penulis hebat macam gua ni pun kenkadang kene jugak sindrom 'writers block'...
tapi hidup ni kita kena cekal.. dalam susah payah gua ni, gua tulis jugak sedikit entry untuk menghibur para peminat yang barang kali rindu kat catatan magis gua ni..
gua boleh tulis panjang2 lagi, tapi gua risau takut lu orang tergeliat lidah dan tersimpul mata nak membaca.. maklumla lu orang semua penyokong PPMSI...
atas dasar kemanusian dan gua paham lu orang ni semua jenis mengharapkan subsidi je gua letak translation kat bawah ni supaya lu orang boleh browse ke page lain tanpa di gelakkan oleh makcik cleaner yang sebenarnya lagi pandai pada korang pasal dia reti baca jawi, bukan macam aji(d)z, ramli dan sudin...
kotak segi bulat: go.. POTent ingredients: wadap,j? kotak segi bulat: nuthing much go. wuts for dinner todei? POTent ingredients: today got makan2 kat opis... POTent ingredients: great menu kotak segi bulat: paiseh.. POTent ingredients: cuba kalo letak entry tuh..bersemanagat skit???? POTent ingredients: kotak segi bulat: lu tak nampak ke semangat yg wa curahkan tu? POTent ingredients: kalo lu dekat..dh gerenti jari lu patah gua kerjakan kotak segi bulat: yg belah mana? POTent ingredients: gua kasik pilihan... kotak segi bulat: jari kaki lah POTent ingredients: ok..gua setuju..tp tunggu la...gua tgh sibuk skit kotak segi bulat: bg notis 3 hari awal kotak segi bulat: jgn main redah je POTent ingredients: uniform?nak kena pulang sekali? kotak segi bulat: takyah..bawak skali 3gp sebagai ganti ubat bius semasa proses pematahan nanti POTent ingredients: owh...ok... POTent ingredients: ah..nmpk gaya...mcm acara makan2 gua dh nak start... kotak segi bulat: awalnya kotak segi bulat: dasar gomen betul POTent ingredients: jap gua nak block caterer yg bawak lauk tuh nk checkout POTent ingredients: biasa ah..ni mkn kol 11..membawak ke pukol 4... kotak segi bulat: POTent ingredients: kira ari ni dtg opis..mmg kena makan...keje tuh kira sunat jek kotak segi bulat: kalah kenduri kawen ini mcm! POTent ingredients: tu la..gua pon takleh buat apa kotak segi bulat: redha je lah kotak segi bulat's status is now "Idle". (6/12/2009 12:35 PM)
hari Ahad semalam... gua balik umah mak gua...ingat nak mengadu... tak tau apa dah jadi ngan kepala gua..dah 2 minggu pening tak kebah2...dia on-off on-off cenggitu ah... then dia punya berdenyut datang tak ikut arahan punya ah..sukahati dia jek nak datang bila...bengang oo...
'mak..tatau ah kepala nih dah 2 minggu pening2 tak kebah2...' muka sayu je time tutur skrip. sedih macam orang bagi berita kena kanser otak. mak gua dah cemas dah. sekali tuh...bunyi-bunyian dari sisi..
'ha'a...aku pon sama nih...' adik ipar.
'musim panas sekarang ni...camtu le..member2 pon ramai yang kena menda nih' adik sebenar.
hishhhh...tak menjadi gua punya nak manja-manja ngan mak gua.terus gua senduk laksa yang mak gua masak sepenuh2 mangkuk.
malam tadi...gua menghabiskan masa seblom tido baca paper yg gua beli siangnya...gua mmg biasa beli Sunday Star (gua beli ari ahad jek..lain ari gua tak beli pon). biasa belah siang gua abiskan baca belah berita2...malam plak gua setelkan yg sisipan dia tuh...baca artikel2 diorang... layan baca punya baca...gua rasa dah tak sedap hati... apsal eh... lain macam pulak Sunday Star ari nih...
sekali gua tgk muka depan....ptuihhhh.... rupanya ari Sabtu punya paper gua beli...
oii..org kedai! apsal paper abis tarikh luput pon lu letak ...dh la gua meraban kalo ari ahad carik sunday star kat tempat gua nih..manjang tadak .. kalo paper tulis cerita berahi2 tuh banyak plak eh? babi betol!
takat posting letak video dari youtube ...ibarat Eddie Hamid buat lagu utk band UK's ... tak mencabar minda lansung...
work out skit rakan2...jgn berat tulang ,ok? apa guna kehidupan kalo berat tulang... T-rex tuh pon pandai berlari2 kejar mangsa nak buat makanan.amacam? deep tak?
Malam tadi sementara nak nunggu diari AF (i laike...) terbukak la chanel astro awani dan tertengok la perhimpunan agung AMENO dan ternampak la pulak gelagat2 awek2 puteri ameno...
mak ai...terkinja2...terlompat2..terjerit2..macam kat sunburst pulak rasanya...cuma dressingnya agak senonoh...mungkin terpaksa kerana ada dress code disini...ni mak i kat kampung sure beristifar mengurut dada tengok warisan baru wanita amenonya ....adakah mereka tersebut sama orangnya yang tergedik2 kat sunburst atau kelab2 disekitar kay ell...mengalahkan i yang metal ni pulak...i pun tak pergi gigs metal...perempuan melayu terakhir la katakan...kalau pegi mungkin i hanya sekadar menganguk angukkan kepala perlahan untuk mengontrol keayuan...
inikah perubahan yang dicanangkan?...dalam talk show astro awani tu pun semalam ahli panelnya terkebil2 nak menjawap apakah perubahan yang akan dilakukan...
sorry kalau posting i kali ini agak mencabar minda...dan sorry jugak jika tajuk nya tidak mengambarkan isi kerana i baru je ternampak poster terbaru cerita transformer...i laike.. :p
Gua..sebetulnya..dah lupa akan password gua, sebab itulah gua tak pernah membuat sebarang entry.
tapi, tadi..sedang tgh menkunyah keropok segera cap payung sambil melayan diari AF7 yg mana, ada sorg lolitas sabahan tuh,err..atau sarawakian?..ntah lah, kurang sure..tapi yg for pasti..belah2 borneo sana la..sabah dan sarawak tu borneo la kan?..ermm..apa td gua nak ckp tadi eh?..takpe lah..malas gua nak start pikir dr awal balik..gua ni bukan jenis yg suka gostan dlm pemikiran..yg past is lepas..tapi katakunci yg terngiang2 kat memori gua ialah : lolitas+borneo = i laike.
apa?..lu org malu nak ngaku tgk AF?..cehh..trooue konon. kalo lu sebetul troo,..lu mesti mentengok..kalo tak..lu bukan troo..lu homo-sapien. ( troo = suka tgk lolitas AF, untroo = suka tgk lolitas AF, tapi taknak ngaku di khalayakan ramai. ).
itu je utk 1st entry dari gua buat julung2 kali. dan, akhir kata..tajuk diatas tidak menterjemahkan apa isi didalam. wassalam.
walaupun gua memang dilahirkan sebagai seorang penulis berbakat dan gua pernah tolak hadiah nobel untuk sastera.. pasal lu orang paham la orang yang jiwa seni macam gua ni kan... gua menulis bukan kerana nama. bukan kerana duit. pasal duit yang gua ada sekarang ni 666 keturunan pun tak abis. slip gaji tahun lepas pun gua tak bukak lagi. lagi pun kalau gua bukak slip gaji tu bukannya ada duit pun, lu orang penah dapat slip gaji yang ada duit dalam tu? kalau ada duit dalam tu bukan slip gaji namanya tu angpau. leceh la lu orang tu pun tak tau.
gua tulis ni pasal gua tengok last update kat sini 14 march 2009, hari ni dah berapa haribulan beb?
tu pun last update si fasha sandar tulis pasal jersi MU siam dia. gua tak paham betul dengan jiwa orang pompuan gedik yang minat bola macam fasha ni, apa sangatla yang dia nak bangga dengan jersi siam dia dan kemenangan pasukan dia 4-1 di gelanggang sendiri tu? gua yang tak reti tengok bola pun tahu standard la menang kalau main kat tempat sendiri kan? ada ke pasukan yang kalah main kat tempat sendiri? tak logik kan? lainla kalau pasukan belia 4B kampung gua, ni MU beb takkan nak samakan dengan pasukan belia 4B beb.
pastu gua tengok POTent pulak asyik post pasal sequal Art of War dia, sepatutnya dia tak boleh statik, kena versatile beb kalau nak maju, cuba jadi macam metallica tu, ni tak asyik beridolakan bittersweet, apa barang beb, bittersweet tu vokalis dia pun gua tengok takde nilai komersil langsung, kita punya konsep metal beb, ada darah, ada kuburan, ada setan apa suma, war pun ada jugak la dalam konsep kita, tapi kalau asyik war je nanti peminat peminat suma marah beb, hati peminat kene jaga.. setakat ari ni gua tengok kat counter tepi dah ada 19 orang beb peminat kita, 19 orang tu, bukan senang nak dapat, dan dari maklumat yang gua dapat dari department marketing, peminat kita boleh 99.9% dari sudan beb, diorang tu jenis satu komputer share 365 orang. jadi tak mustahil peminat kita sebenarnya ada 6935 orang. penting tu, diorang ni la yang menyokong kita selama ni. memang la sudan tu tengah berperang tu pasal diorang minat ngan topic war ni, tapi kita kene expand beb, peminat dari estonia, zimbabwe, chehnya, kenya pun kita kena cover. tu periuk nasik kita, takkan kita nak bergantung pada advertising macam nufnang tu, kita trve n kvlt beb.
mustapha camel pulak gua tengok sampai skarang takde sumbang apa2 lagi ni, kang gua pecat dia ganti ngan kirk hammet kang baru dia tau, kurang kurang kalau malas nak praktis ke apa ke, tolong tolong la buat kopi ke, puji puji gua ke apa ke. ni tak duit royalti juta juta tu nak, tour pegi sudan dia nak ikut, gua bukan nak berkira beb, tapi gua takut nanti ahli ahli lain memberontak, bila diorang memberontak diorang akan dapat idea yang banyak menyebabkan posting mencurah curah, mati la gua, mana sempat gua nak catch up nanti, gua bukannya rajin sangat beb.
akhir kata dari gua stop the madness, dont drink and drive, drive thru and dont be mad.
apa ni...salah ker i pakai baju manchester united hari ni? Kenapa ramai yang jeling2 senyum2 ketawa ni...baju liverpool mana boleh pakai...najis tau...
I tengok AF tau...mana i tau pasal bola...apa la you all ni...nyampah!!!... :P
Friday the 13th...jumaat…penghulu segala hari…post pertama(mukadimah)
Salam….terimakasih abang2 hensem yang membenarkan saya menjadi sebahagian dari warga a league of extraordinary homo sapiens kat dlm blog ni…
sapa saya?..itu tidak penting…mengetahui tentang diri saya tidak akan menjana duit untuk anda pun…tapi menjana duit untuk kami jika anda klik nuffnang di atas (ops…soryy…blog kami bergerak secara indie..non profit…tiada iklan nuffnang diperlukan…semangat underground 80an menjadi teras kami...kerana itu kami perlu besikap tr00....terimakasih)
bolehkah saya menulis sebaik penulis novel2 dari Alaf 21?...insyallah..anda yg menjadi hakim…saya sememangnya bercita2 hendak menjadi penulis novel seperti Aisya Sofea,Anis Ayuni dll...menulis cerita2 cinta remaja ..ataupun sedikit rebel macam Ahadiat Akasha…kalau beliau boleh tulis Aku Budak Rap...mungkin saya memilih tajuk yang lebih bersesuaian jiwa saya...iaitu Aku Minah Metal...tetapi oleh kerana metal ni phobia dgn cinta..metal dan jiwang ibarat air dgn minyak....dan gig2 metal pun tak der crowd wanita...maka amatlah sukar untuk saya mendapatkan bahan2 utk novel tersebut...kalaulah nanti saya buat jugak cerita cinta metal ni takut ramai pulak yg komplen fakta tak betul macam yang terjadi kat movie Maut tu....maklum la mat metal ni kan sensitip mengalahkan kami yg pompuan ni kan...apa?..saya?..saya kurang mahir dlm bab2 cinta kerana saya masih single...hikhik...
maka bermula dari hari ini saya akan cuba menulis material2 yg kvltus mvlvs untuk santapan jiwa anda semua…itupun kalau saya tidak mengalami sindrom kepupusan idea yang tidak tercapai akal….
POTent ingredients: ha..mamat nih ngan lars ulrich gua kategorikan dlm grup yg sama...gua ok jek ngan diorang nih...penat oo nk ckp stail pak hamid..meneran...sengau...cukop ah
POTent ingredients: sama kalo lu nk compare time tgk lars main drum dgn expression dia tuh
memang benar.... maafkan kami wahai peminat2 setia. chuck palahniuk,roddy doyle,william gibson, henry miller etc etc.. mereka2 ini pon penah mengalami simptom2 yg kami alami sekarang ni...kesukaran untuk menghasilkan karya kvlt dan magikal....tapi akhirnya mereka berjaya juga dalam bidang yg mereka ceburi...
kenapa tidak kami....? insyaallah...
untuk menulis sesuatu yang bersifat kultus...memang memerlukan effort dan semangat yang memedihkan bagi manusia2 normal seperti anda2 semua...even kami yang agak extraordinary ni pon..tergagap2 menghadapinya... macam menteri besar selangor yg baru menjawab soklan wartawan...gagap sampai rambut berterabor ,blad...ha ha ha...
kami mementingkan kualiti... tulisan2 yang tiada isi/feel dan kosong tak layak menduduki rumah yang bergelar KULTUS/MULUS... kerana...menyebut nama blog nih 44 kali dengan lancar sudah cukop membuatkan anda/anak2 anda bijak dalam subjek matematik.. imagine? angker(check sendiri word nih..anda semua rajin) tak angker nama blog nih...? cubalah...kalo tak berjaya...ada la tuh kesilapan dimana2...macam tak ikhlas ataupon mungkin anda dlm berkeadaan berhadas (lupa mandi wajib) ketika membuat ritual tersebut.
jadi... jangan la anda putus semangat...ataupon putus harapan... itu attitude mereka2 yang selalu ditindas...dibuli...jangan begitu...kuatkan semangat...jenguk lah blog nih selalu...sehari check 6 kali pon tidak salah... mana la tahu..hari anda sangat bertuah untuk terserempak dengan hidden gold di sini.teruskan menyokong,ya!
tiada update.. kerana blog yang paling popular di seluruh alam maya ini telah ketandusan ide ide yang bakal merungkai permasalahan dunia. para penulisnya telah mengalami sindrom writer's block sehari selepas blog ini dilancarkan...
oleh itu diharap anda dapat meneruskan kehidupan anda sebagai seekor lipas seperti biasa.. ya.. anda seekor lipas.. jangan cuba menyangkal fakta ini.. sebuah kebenaran tidak seharusnya disangkal... dan anda sebagai seekor lipas harus menerima kenyataan ini...
cucuk sahaja dimana yang cucu berkenan. atuk izinkan... akan tetapi seandainya cucu melanggar pan-thang dan larangnya... cucu akan menerima padahnya.. hahahahhahahahhahahahhahahaha