Friday, August 14, 2009

Karangan Surat Rasmi.

Ni surat rasmi, sila serius tatkala anda membacanya.
Kerana tujuan surat ini memang serius..

Ahli Politik,
Negara Malaysia

22 Syaaban 1430

Kipas Lipas
http://kvltvsmvlus.blogspot.com

PER: Penjualan Undi
  1. Saya seperti yang bernama di atas dan perkara di atas adalah dirujuk.

  2. Saya ingin menjual undi saya kepada pihak tuan tanpa mengira sama ada tuan dari parti Replika Melambai Tangan Sambil Tersenyum atau dari parti Replika Melambai Tangan Berwajah Muram.

  3. Saya tidak meletakkan sebarang harga dalam nilaian materialistik ke atas undi saya ini.

  4. Syarat undi saya adalah mudah, jika parti tuan berjaya mengambil tindakan yang drastik dalam membendung penularan selsema babi, dan menyebabkan rakyat seluruhnya berasa lebih tenang. Saya dengan rela hati akan memberi undi saya pada pilihanraya umum akan datang, atau pilihanraya kecil dikawasan saya (jika wakil sekarang mati akibat H1N1).

  5. Saya akan memberi undi saya tanpa segan silu dan tanpa mempedulikan walaupun ketua parti tuan tuan adalah seorang pelawak, peliwat, pemuzik, pengebom orang, penoreh getah mahupun seorang tua pencacai pengangkat najis.

  6. Walau bagaimanapun, perlu dinyatakan disini jika tiada sebarang tindakan yang munasabah mahupun munasarawak dari pihak tuan tuan setelah 70 orang rakyat Malaysia meninggal dunia yang fana ini. Saya tidak akan mengundi untuk tuan tuan lagi dan saya akan memburuk burukkan tuan tuan lebih buruk dari musuh parti lawan tuan tuan (berapa banyak tuan daaa)

  7. Di harap tawaran saya ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak tuan. Dan janganlah harapnya sehingga rakyat Malaysia marah sehingga mendoakan tuan tuan semua terkena penyakit babi ini.

  8. Untuk makluman saya adalah rakyat Malaysia sejati yang kini tinggal di negeri yang dikuasai oleh parti yang bukan dari kerajaan pusat. Jangan bagi alasan kami tak punya kuasa ke apa ke.. gua lempang kang.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar

    ((((0))))
    --------------
    Kipas Lipas

1 comment: