Wednesday, April 21, 2010

Burst Command Til War!!!!!

Tiba tiba je gua rasa macam nak perang...
Tak dapat perang dapat sekeh kepala orang pun jadi la..

Friday, August 14, 2009

Karangan Surat Rasmi.

Ni surat rasmi, sila serius tatkala anda membacanya.
Kerana tujuan surat ini memang serius..

Ahli Politik,
Negara Malaysia

22 Syaaban 1430

Kipas Lipas
http://kvltvsmvlus.blogspot.com

PER: Penjualan Undi
  1. Saya seperti yang bernama di atas dan perkara di atas adalah dirujuk.

  2. Saya ingin menjual undi saya kepada pihak tuan tanpa mengira sama ada tuan dari parti Replika Melambai Tangan Sambil Tersenyum atau dari parti Replika Melambai Tangan Berwajah Muram.

  3. Saya tidak meletakkan sebarang harga dalam nilaian materialistik ke atas undi saya ini.

  4. Syarat undi saya adalah mudah, jika parti tuan berjaya mengambil tindakan yang drastik dalam membendung penularan selsema babi, dan menyebabkan rakyat seluruhnya berasa lebih tenang. Saya dengan rela hati akan memberi undi saya pada pilihanraya umum akan datang, atau pilihanraya kecil dikawasan saya (jika wakil sekarang mati akibat H1N1).

  5. Saya akan memberi undi saya tanpa segan silu dan tanpa mempedulikan walaupun ketua parti tuan tuan adalah seorang pelawak, peliwat, pemuzik, pengebom orang, penoreh getah mahupun seorang tua pencacai pengangkat najis.

  6. Walau bagaimanapun, perlu dinyatakan disini jika tiada sebarang tindakan yang munasabah mahupun munasarawak dari pihak tuan tuan setelah 70 orang rakyat Malaysia meninggal dunia yang fana ini. Saya tidak akan mengundi untuk tuan tuan lagi dan saya akan memburuk burukkan tuan tuan lebih buruk dari musuh parti lawan tuan tuan (berapa banyak tuan daaa)

  7. Di harap tawaran saya ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak tuan. Dan janganlah harapnya sehingga rakyat Malaysia marah sehingga mendoakan tuan tuan semua terkena penyakit babi ini.

  8. Untuk makluman saya adalah rakyat Malaysia sejati yang kini tinggal di negeri yang dikuasai oleh parti yang bukan dari kerajaan pusat. Jangan bagi alasan kami tak punya kuasa ke apa ke.. gua lempang kang.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar

    ((((0))))
    --------------
    Kipas Lipas

Wednesday, August 12, 2009

Tuesday, August 11, 2009

1 Malaysia.

Pergh.. berabuk gila laman sesawang ni.. mana la pegi bebudak ni semua.. selsema babi ke apa.. babi betul....

Takpe.. walau apa pun terjadi gua akan teruskan perjuangan ini..sehingga ketitisan terakhir...

Entry kali ni berbaur politik sikit... Lu orang tak suka? lu orang punya pasal.. gua peduli apa..

Apa persamaan makhluk2 kat bawah ni ?


Tak dapat nak jawab? Tu la suruh skolah malas.. isap rokok dalam tandas..
Jawapan dia kedua dua makhluk ni membawa harapan palsu untuk kesinambungan kuasa politik diorang (hanya prolific dan profound writer macam gua yang boleh tulis ayah sastera macam ni).. dan yang asyik kene tipu lu orang la... takkan gua pulak...

tapi lu orang jangan risau.. makhluk2 kat bawah ni tak membawa harapan palsu... gua anytime boleh join diorang punya event.. takat Cronos Venom tu anytime je vocalist dia boleh tapau..
ni baru betul 1 Malaysia..


Tuesday, June 16, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

السلام عليكم دان سلام سجهترا،

اڤسل.. كورڠ تركجوت؟ تق بوليه نق باچ انتري كالي ني؟
ڤاسل دولو كورڠ باچ لفظ تعليق ايكوت رومي؟ ڬوا باچ ايكوت جاوي ڤاسل توك كادي ڤقسا.. حاصيلڽ ڬوا توليس جاوي اري ني...

ڬوا سبنرڽ تقد ايديا نق منوليس... ياي لا.. ڤنوليس هيبت ماچم ڬوا ني ڤون كنكادڠ كن جوڬق سيندروم 'writers block'...

تاڤي هيدوڤ ني كيت كنا چكال.. دالم سوسه ڤايه ڬوا ني، ڬوا توليس جوڬق سديكيت انتري اونتوق مڠهيبور ڤارا ڤمينت يڠ بارڠ كالي ريندو كت چاتتن ماڬيس ڬوا ني..

ڬوا بوليه توليس ڤنجڠ2 لاڬي، تاڤي ڬوا ريساو تاكوت لو اورڠ ترڬليات ليده دان ترسيمڤول مات نق ممباچ.. معلوملا لو اورڠ سموا ڤڽوكوڠ PPSMI...

اتس داسر كمأنسين دان ڬوا ڤاهم لو اورڠ ني سموا جنيس مڠهارڤكن سوبسيدي ڬوا لتق ترنسلاتياون كت باوه ني سوڤاي لو اورڠ بوليه 'browse' ك ڤيج لاين تنڤا د ڬلقكن اوليه makcik cleaner يڠ سبنرڽ لاڬي ڤنداي ڤد كورڠ ڤاسل دي ريتي باچ جاوي، بوكن ماچم اجي﴿د﴾ز، راملي دان سودين...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

apsal.. korang terkejut? tak boleh nak baca entry kali ni?
pasal dulu korang baca lafaz takliq ikut rumi? gua baca ikut jawi pasal tok kadi paksa.. hasilnya gua tulis jawi ari ni...

gua sebenarnya takde idea nak menulis... ye la.. penulis hebat macam gua ni pun kenkadang kene jugak sindrom 'writers block'...

tapi hidup ni kita kena cekal.. dalam susah payah gua ni, gua tulis jugak sedikit entry untuk menghibur para peminat yang barang kali rindu kat catatan magis gua ni..

gua boleh tulis panjang2 lagi, tapi gua risau takut lu orang tergeliat lidah dan tersimpul mata nak membaca.. maklumla lu orang semua penyokong PPMSI...

atas dasar kemanusian dan gua paham lu orang ni semua jenis mengharapkan subsidi je gua letak translation kat bawah ni supaya lu orang boleh browse ke page lain tanpa di gelakkan oleh makcik cleaner yang sebenarnya lagi pandai pada korang pasal dia reti baca jawi, bukan macam aji(d)z, ramli dan sudin...

فوچق اوفف اند داي (FOAD)

Friday, June 12, 2009

Art Of War #errr...

kotak segi bulat: go..
POTent ingredients: wadap,j?
kotak segi bulat: nuthing much go. wuts for dinner todei?
POTent ingredients: today got makan2 kat opis...
POTent ingredients: great menu
kotak segi bulat: paiseh..
POTent ingredients: cuba kalo letak entry tuh..bersemanagat skit????
POTent ingredients:
kotak segi bulat: lu tak nampak ke semangat yg wa curahkan tu?
POTent ingredients: kalo lu dekat..dh gerenti jari lu patah gua kerjakan
kotak segi bulat: yg belah mana?
POTent ingredients: gua kasik pilihan...
kotak segi bulat: jari kaki lah
POTent ingredients: ok..gua setuju..tp tunggu la...gua tgh sibuk skit
kotak segi bulat: bg notis 3 hari awal
kotak segi bulat: jgn main redah je
POTent ingredients: uniform?nak kena pulang sekali?
kotak segi bulat: takyah..bawak skali 3gp sebagai ganti ubat bius semasa proses pematahan nanti
POTent ingredients: owh...ok...
POTent ingredients: ah..nmpk gaya...mcm acara makan2 gua dh nak start...
kotak segi bulat: awalnya
kotak segi bulat: dasar gomen betul
POTent ingredients: jap gua nak block caterer yg bawak lauk tuh nk checkout
POTent ingredients: biasa ah..ni mkn kol 11..membawak ke pukol 4...
kotak segi bulat:
POTent ingredients: kira ari ni dtg opis..mmg kena makan...keje tuh kira sunat jek
kotak segi bulat: kalah kenduri kawen ini mcm!
POTent ingredients: tu la..gua pon takleh buat apa
kotak segi bulat: redha je lah
kotak segi bulat's status is now "Idle". (6/12/2009 12:35 PM)

Thursday, June 11, 2009

Ada sesuatu yg bergelumang didalam benak gua..

...tapi gua taktau apa dia


(klasik tak ayat gua?)