Thursday, March 19, 2009

Luahan Hati Sa-Orang Lipas Di Pusara Lebuhraya

walaupun gua memang dilahirkan sebagai seorang penulis berbakat dan gua pernah tolak hadiah nobel untuk sastera.. pasal lu orang paham la orang yang jiwa seni macam gua ni kan... gua menulis bukan kerana nama. bukan kerana duit. pasal duit yang gua ada sekarang ni 666 keturunan pun tak abis. slip gaji tahun lepas pun gua tak bukak lagi. lagi pun kalau gua bukak slip gaji tu bukannya ada duit pun, lu orang penah dapat slip gaji yang ada duit dalam tu? kalau ada duit dalam tu bukan slip gaji namanya tu angpau. leceh la lu orang tu pun tak tau.

gua tulis ni pasal gua tengok last update kat sini 14 march 2009, hari ni dah berapa haribulan beb?

tu pun last update si fasha sandar tulis pasal jersi MU siam dia. gua tak paham betul dengan jiwa orang pompuan gedik yang minat bola macam fasha ni, apa sangatla yang dia nak bangga dengan jersi siam dia dan kemenangan pasukan dia 4-1 di gelanggang sendiri tu? gua yang tak reti tengok bola pun tahu standard la menang kalau main kat tempat sendiri kan? ada ke pasukan yang kalah main kat tempat sendiri? tak logik kan? lainla kalau pasukan belia 4B kampung gua, ni MU beb takkan nak samakan dengan pasukan belia 4B beb.

pastu gua tengok POTent pulak asyik post pasal sequal Art of War dia, sepatutnya dia tak boleh statik, kena versatile beb kalau nak maju, cuba jadi macam metallica tu, ni tak asyik beridolakan bittersweet, apa barang beb, bittersweet tu vokalis dia pun gua tengok takde nilai komersil langsung, kita punya konsep metal beb, ada darah, ada kuburan, ada setan apa suma, war pun ada jugak la dalam konsep kita, tapi kalau asyik war je nanti peminat peminat suma marah beb, hati peminat kene jaga.. setakat ari ni gua tengok kat counter tepi dah ada 19 orang beb peminat kita, 19 orang tu, bukan senang nak dapat, dan dari maklumat yang gua dapat dari department marketing, peminat kita boleh 99.9% dari sudan beb, diorang tu jenis satu komputer share 365 orang. jadi tak mustahil peminat kita sebenarnya ada 6935 orang. penting tu, diorang ni la yang menyokong kita selama ni. memang la sudan tu tengah berperang tu pasal diorang minat ngan topic war ni, tapi kita kene expand beb, peminat dari estonia, zimbabwe, chehnya, kenya pun kita kena cover. tu periuk nasik kita, takkan kita nak bergantung pada advertising macam nufnang tu, kita trve n kvlt beb.

mustapha camel pulak gua tengok sampai skarang takde sumbang apa2 lagi ni, kang gua pecat dia ganti ngan kirk hammet kang baru dia tau, kurang kurang kalau malas nak praktis ke apa ke, tolong tolong la buat kopi ke, puji puji gua ke apa ke. ni tak duit royalti juta juta tu nak, tour pegi sudan dia nak ikut, gua bukan nak berkira beb, tapi gua takut nanti ahli ahli lain memberontak, bila diorang memberontak diorang akan dapat idea yang banyak menyebabkan posting mencurah curah, mati la gua, mana sempat gua nak catch up nanti, gua bukannya rajin sangat beb.

akhir kata dari gua stop the madness, dont drink and drive, drive thru and dont be mad.

No comments:

Post a Comment