Saturday, March 28, 2009

pagi yg gelap

hari ( bulan ) yg malas.

Wednesday, March 25, 2009

Transformasi minda...

Malam tadi sementara nak nunggu diari AF (i laike...) terbukak la chanel astro awani dan tertengok la perhimpunan agung AMENO dan ternampak la pulak gelagat2 awek2 puteri ameno...

mak ai...terkinja2...terlompat2..terjerit2..macam kat sunburst pulak rasanya...cuma dressingnya agak senonoh...mungkin terpaksa kerana ada dress code disini...ni mak i kat kampung sure beristifar mengurut dada tengok warisan baru wanita amenonya ....adakah mereka tersebut sama orangnya yang tergedik2 kat sunburst atau kelab2 disekitar kay ell...mengalahkan i yang metal ni pulak...i pun tak pergi gigs metal...perempuan melayu terakhir la katakan...kalau pegi mungkin i hanya sekadar menganguk angukkan kepala perlahan untuk mengontrol keayuan...

inikah perubahan yang dicanangkan?...dalam talk show astro awani tu pun semalam ahli panelnya terkebil2 nak menjawap apakah perubahan yang akan dilakukan...

sorry kalau posting i kali ini agak mencabar minda...dan sorry jugak jika tajuk nya tidak mengambarkan isi kerana i baru je ternampak poster terbaru cerita transformer...i laike.. :p

Friday, March 20, 2009

Got Alot To Say...

I got alot to say
I got alot to say
I got alot to say
I got alot to say











I cant remember now
I cant remember now
I cant remember now
I cant remember now


(CJ Ramone - iAdios AMIGOS!)

Thursday, March 19, 2009

Transporter 3

plingg!!!...

Jiwa dan raga

Gua..sebetulnya..dah lupa akan password gua, sebab itulah gua tak pernah membuat sebarang entry.

tapi, tadi..sedang tgh menkunyah keropok segera cap payung sambil melayan diari AF7 yg mana, ada sorg lolitas sabahan tuh,err..atau sarawakian?..ntah lah, kurang sure..tapi yg for pasti..belah2 borneo sana la..sabah dan sarawak tu borneo la kan?..ermm..apa td gua nak ckp tadi eh?..takpe lah..malas gua nak start pikir dr awal balik..gua ni bukan jenis yg suka gostan dlm pemikiran..yg past is lepas..tapi katakunci yg terngiang2 kat memori gua ialah : lolitas+borneo = i laike.

apa?..lu org malu nak ngaku tgk AF?..cehh..trooue konon. kalo lu sebetul troo,..lu mesti mentengok..kalo tak..lu bukan troo..lu homo-sapien. ( troo = suka tgk lolitas AF, untroo = suka tgk lolitas AF, tapi taknak ngaku di khalayakan ramai. ).

itu je utk 1st entry dari gua buat julung2 kali. dan, akhir kata..tajuk diatas tidak menterjemahkan apa isi didalam. wassalam.

Luahan Hati Sa-Orang Lipas Di Pusara Lebuhraya

walaupun gua memang dilahirkan sebagai seorang penulis berbakat dan gua pernah tolak hadiah nobel untuk sastera.. pasal lu orang paham la orang yang jiwa seni macam gua ni kan... gua menulis bukan kerana nama. bukan kerana duit. pasal duit yang gua ada sekarang ni 666 keturunan pun tak abis. slip gaji tahun lepas pun gua tak bukak lagi. lagi pun kalau gua bukak slip gaji tu bukannya ada duit pun, lu orang penah dapat slip gaji yang ada duit dalam tu? kalau ada duit dalam tu bukan slip gaji namanya tu angpau. leceh la lu orang tu pun tak tau.

gua tulis ni pasal gua tengok last update kat sini 14 march 2009, hari ni dah berapa haribulan beb?

tu pun last update si fasha sandar tulis pasal jersi MU siam dia. gua tak paham betul dengan jiwa orang pompuan gedik yang minat bola macam fasha ni, apa sangatla yang dia nak bangga dengan jersi siam dia dan kemenangan pasukan dia 4-1 di gelanggang sendiri tu? gua yang tak reti tengok bola pun tahu standard la menang kalau main kat tempat sendiri kan? ada ke pasukan yang kalah main kat tempat sendiri? tak logik kan? lainla kalau pasukan belia 4B kampung gua, ni MU beb takkan nak samakan dengan pasukan belia 4B beb.

pastu gua tengok POTent pulak asyik post pasal sequal Art of War dia, sepatutnya dia tak boleh statik, kena versatile beb kalau nak maju, cuba jadi macam metallica tu, ni tak asyik beridolakan bittersweet, apa barang beb, bittersweet tu vokalis dia pun gua tengok takde nilai komersil langsung, kita punya konsep metal beb, ada darah, ada kuburan, ada setan apa suma, war pun ada jugak la dalam konsep kita, tapi kalau asyik war je nanti peminat peminat suma marah beb, hati peminat kene jaga.. setakat ari ni gua tengok kat counter tepi dah ada 19 orang beb peminat kita, 19 orang tu, bukan senang nak dapat, dan dari maklumat yang gua dapat dari department marketing, peminat kita boleh 99.9% dari sudan beb, diorang tu jenis satu komputer share 365 orang. jadi tak mustahil peminat kita sebenarnya ada 6935 orang. penting tu, diorang ni la yang menyokong kita selama ni. memang la sudan tu tengah berperang tu pasal diorang minat ngan topic war ni, tapi kita kene expand beb, peminat dari estonia, zimbabwe, chehnya, kenya pun kita kena cover. tu periuk nasik kita, takkan kita nak bergantung pada advertising macam nufnang tu, kita trve n kvlt beb.

mustapha camel pulak gua tengok sampai skarang takde sumbang apa2 lagi ni, kang gua pecat dia ganti ngan kirk hammet kang baru dia tau, kurang kurang kalau malas nak praktis ke apa ke, tolong tolong la buat kopi ke, puji puji gua ke apa ke. ni tak duit royalti juta juta tu nak, tour pegi sudan dia nak ikut, gua bukan nak berkira beb, tapi gua takut nanti ahli ahli lain memberontak, bila diorang memberontak diorang akan dapat idea yang banyak menyebabkan posting mencurah curah, mati la gua, mana sempat gua nak catch up nanti, gua bukannya rajin sangat beb.

akhir kata dari gua stop the madness, dont drink and drive, drive thru and dont be mad.

Saturday, March 14, 2009

yek eleh...

apa ni...salah ker i pakai baju manchester united hari ni? Kenapa ramai yang jeling2 senyum2 ketawa ni...baju liverpool mana boleh pakai...najis tau...

I tengok AF tau...mana i tau pasal bola...apa la you all ni...nyampah!!!... :P

Friday, March 13, 2009

Blog,Blogger,Goblog..

Friday the 13th...jumaat…penghulu segala hari…post pertama(mukadimah)


Salam….terimakasih abang2 hensem yang membenarkan saya menjadi sebahagian dari warga a league of extraordinary homo sapiens kat dlm blog ni…


sapa saya?..itu tidak penting…mengetahui tentang diri saya tidak akan menjana duit untuk anda pun…tapi menjana duit untuk kami jika anda klik nuffnang di atas (ops…soryy…blog kami bergerak secara indie..non profit…tiada iklan nuffnang diperlukan…semangat underground 80an menjadi teras kami...kerana itu kami perlu besikap tr00....terimakasih)


bolehkah saya menulis sebaik penulis novel2 dari Alaf 21?...insyallah..anda yg menjadi hakim…saya sememangnya bercita2 hendak menjadi penulis novel seperti Aisya Sofea,Anis Ayuni dll...menulis cerita2 cinta remaja ..ataupun sedikit rebel macam Ahadiat Akasha…kalau beliau boleh tulis Aku Budak Rap...mungkin saya memilih tajuk yang lebih bersesuaian jiwa saya...iaitu Aku Minah Metal...tetapi oleh kerana metal ni phobia dgn cinta..metal dan jiwang ibarat air dgn minyak....dan gig2 metal pun tak der crowd wanita...maka amatlah sukar untuk saya mendapatkan bahan2 utk novel tersebut...kalaulah nanti saya buat jugak cerita cinta metal ni takut ramai pulak yg komplen fakta tak betul macam yang terjadi kat movie Maut tu....maklum la mat metal ni kan sensitip mengalahkan kami yg pompuan ni kan...apa?..saya?..saya kurang mahir dlm bab2 cinta kerana saya masih single...hikhik...


maka bermula dari hari ini saya akan cuba menulis material2 yg kvltus mvlvs untuk santapan jiwa anda semua…itupun kalau saya tidak mengalami sindrom kepupusan idea yang tidak tercapai akal….


jumpa lagi…muahhhhh!

Art Of War III

time : 11 pg ari JUMAAT

kipaslipas: pak imam panggil
POTent ingredients: abes tuh..tiket watchmen gua kol 12:15 camna?
POTent ingredients: takkan burn camtuh jek
kipaslipas: lu nak burn tiket ke nak burn in hell
POTent ingredients: :insaf: